Ok..ini kisah arwah pak cik aku. Adik mak aku. Arwah meninggal dunia di hospital selayang 8.7.14.. Pak cik disahkan menghidapi kanser otak tahap akhir. Namun setelah melakukan kimo, umur dia masih panjang. P.cik bertahan selama 4 tahun dalam keadaan yg sihat.
Namun takdir telah tertulis, tak kurang sesaat mahupun lebih sesaat.. Allah mengambil p.cik di bulan yang mulia ini.
Tujuan penulisan aku ini untuk kongsi pengalaman aku melihat arwah diuruskan untuk dikebumikan. Aku sempat tgk arwah sebelum dibawa ke bilik forensik. Namum tak tertahan air mata,tapi aku cuba seka sekuat yang mungkin.
Dibilik forensik, arwah dimandikan, aku sendiri turut memandikan jenazah. Hati aku sebak dan sayu. Selesai dimandikan, arwah dikafankan. Aku hanya mampu melihat dari luar, hati terlalu sedih. Sebelum arwah ditutup muka, saudara dibenarkan untuk cium arwah buat kali terakhir.
Selesai dikafankan, jenazah disolatkan sebelum dibawa naik van dan dihantar balik ke perlis. Itupun atas permintaan arwah.
Jenazah sampai dikampung halaman pada waktu subuh. Jenazah dikebumikan selepas zohor. Aku yg pernah dijaga oleh dia, tak tinggalkan dia kerana penat lelah yang pernah dia curahkan.
1. Jika kita rasa kita plg hebat dimuka bumi ini, ziarahla mereka yang sakit, yang dekat dengan maut, yang telah mati. Renungkan. Apa kita cukup hebat, tak akan rasa sakit, ajal dan mati.
2.Adakah mati semudah tiada nadi begitu sahaja atau sakit dan peritnya menghadapi sakaratul maut.
Mungkin cerita aku ini tak begitu dirasai. Pengalaman itu terlalu mahal. Kita perlu laluinya dan merasainya sendiri..
Littleone
Sunday, July 13, 2014
Wednesday, February 19, 2014
fynn jamal - suatu pernah
setiap kehidupan~~
mesti pernah~~
walau sekali~~
mungkin berkali-kali~~
apa yang tinggal~~
dipenghujung nanti~~
seranap mana~~
sesepah mana~~
bersepai~~
dipenghujungnya yang tinggal~~
yang tak akan ada sesalan~~
hanya jawapan~~
kehidupan~~
Fynn Jamal - Sampai Tua (Buatmu Kasih)
Kasih~~
Buatmu~~
tiada apa yang mampu aku berikan~~
hanya ini aku mampu sampaikan~~
Percayalah~~
Jika memang itu takdir kita~~
Aku akan sentiasa ada~~
Subscribe to:
Posts (Atom)